Friday, July 8, 2011

ku tepis rindu ini

kehidupan sebagai remaja takkan lari dari jatuh cinta..
jatuh cinta pada seseorang yang membuatkan kita kadang2 merinduinya..
sungguh, manusia tak lari daripada perasaan ingin mencintai dan dicintai..

wahai sahabatku sekalian..
kadang2 kita perlu 'pause' diri kita untuk merindui seseorang yang bukan halal bagi kita.. dan letakkan rindu itu di tempat yang betul.. rindu pada yang telah menghidupkan kita sebagai manusia, dan akhirnya menjadi hamba yang selayaknya digelar hamba ilahi..

seringkali kita dengar,
cinta dan rindu terhadap seseorang itu fitrah, namun cara kita meluahkannya itu yang menjadikannya halal atau haram..
kadangkala kita dapat rasakan, yang kita tak mampu untuk menghilangkan perasaan cinta dan rindu itu dari hati kita, tapi percayalah, rindu dan cinta itu yang akan menghadirkan rasa ingin mendekatiNya,, 
jika Allah menghadirkan perasaan ingin melupakan rindu dan cinta pada yang bukan halal pada diri kita , tandanya Allah memberi peluang pada hambaNya untuk kembali merinduiNya dan mencintaiNya..

tidak salah untuk merindui, apatah lagi untuk mencintai..
kerana tanpa cinta dan rindu, kita tak layak untuk digelar manusia..

sahabatku
moga kau tabah untuk menepis rindu itu..
aku memahami kerana aku juga sedang
merindui dan mencintai.....
tapi ku tepis rindu ini...

Bila ada keindahan, 

Yang mewujud utuh..

Dalam seluruh dimensi..

Dan menyentuh utuh..

Sepenuh rasa di jiwa,

Itulah detik ijab qabul..

Selamanya..

Indahnya nyata..

insyaAllah ~ ^_^v