Sunday, July 1, 2012


DEFINISI ASOBIYYAH
Rasulullah saw telah mendefinisikan asobiyyah dengan sabdanya;
          ان تعين قومك على ظلم                     
Maksudnya;
            (Asobiyyah itu ialah engkau menolong kaum engkau di atas kezaliman).

Pada suatu masa Rasulullah telah ditanya;
            يا رسول الله أمن العصبية ان يجب الرجل قومه ؟             
(Wahai Rasulullah, apakah dinamakan asobiyyah apabila seseorang lelaki itu menyintai kaumnya?..)
Jawab baginda Rasul saw;
            لا..ولكن من العصبية ان يعين الرجل قومه غلى ظلم          
Tidak!.Tetapi dinamakan asobiyyah apabila ditolong kaumnya di atas dasar kezaliman (amalan yang bercanggah dengan islam)

Ibnu Mansur mendefinisikan asobiyyah di dalam Qamusnya Lisaanul Arab dengan katanya;
Asobiyyah ialah menyeru seseorang untuk menolong dan menentang seseorang yang lain yang memusuhi keluarganya (atau kaumnya) tanpa mengira keluarga benar (mengikut neraca islam) atau tidak.
Di dalam kitab Al-Huluul Al-Musthauridhah,al-Ustaz Yusuf Qardhawi menta’arifkan asobiyyah dengan katanya;
Yang diertikan dengan asobiyyah itu ialah kesetiaan seorang muslim hanya pada satu Negara atau kelompok bangsa manusia tertentu sahaja sehingga mereka mendahulukan kepentingan Negara atau bangsa daripada islam itu sendiri.