Friday, November 30, 2012

andai kau tahu

Assalamu'alaikum....

ANDAI KAU TAHU,,
sedikit pun aku tidak mempercayai kata2 manismu,,
cinta yang kau taburkan tak terkesan di hatiku,,
kata2 mu membuat aku rimas,,lemas,,
kerna aku tahu,,
engkau tidak sedikitpun mencintaiku kerana Allah,,
tetapi kau berajakan hawa nafsu semata2...

ANDAI KAU TAHU,,
tangisanku selama ini bukan untuk menyatakan cintaku padamu,,
tetapi untuk aku menzahirkan bahawa aku sayang imanmu,,
yang semakin hari,,
semakin menipis,,
dek nafsu mu yang semakin menebal..

ANDAI KAU TAHU,,
aku ingin kau berubah demi Tuhanmu,
bukan kerna diriku,,
sedikit pun aku tidak yakin dengan cintamu,,
kerna kau menagih dengan cara yang tidak halal,,
pada pandangan Allah mahupun  pandanganku,,

ku harap kau faham maksudku.. :')

Saturday, November 17, 2012

Assalamu'alaikum ..
setelah sekian lame tak mencoret kisah2 dalam blog ini,,hari ni aku datang kembali untuk menulis..aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ni kesedihan selalu mendekati aku.aku menangis dan terus menangis sedangkan aku tak tau ape tujuan aku menitiskan air mata ..aku terasa sayu,,pilu,,kehilangan ,,rindu..aku bangun dari tidur ,,akan pasti mengalir air mata..

kenapa kesedihan sampai sebegini rupe??..ntah la..hanya Allah yang tahu..mungkin ade hikmah di sebaliknya..bukan tujuan aku untuk menangisi hari2 aku..tapi aku sendiri tak pasti,,ape yang terjadi..saat aku sedang bergembira bersama sahabat2,,aku terfikir sejenak..adakah aku sanggup bertahan jika aku hidup tanpa seorang pun sahabatku?

saat aku sendirian,,aku mengenangkan segala perkara yang menggembirakan aku bersama sahabtku..tapi itu semua menjadi hambar saat aku meningat kembali perkara yang berlaku antara aku dan dia..ketika itu baru ku sedar,,orang yang kita sayangi berkemungkinan akan melukakan kita..


apabila hati aku sedih memikirkan dia,,muncul shabat2 lain yang memberiku semangat untuk terus bangkit..aku bersyukur Ya Allah ,,Kau mengutuskan mereka untuk menjadi pengubatku..tidak aku sangka,,setelah bertahun2 aku berdoa kepada Allah,,akhirnya Engkau makbulkan doaku..walaupun aku sering menangis dan terasa seperti berputus asa,,aku tak pernah menyerah kalah kerana aku pasti Engkau tidak pernah lupe akan janjiMu kepada hamba2Mu...

saat aku hampir putus asa,,aku teruskn jua ..aku berdoa supaya Allah menemukan aku dengan sahabat baikku "Farhan" yang menjadi pendengar setia aku saat aku memerlukannya..walaupun ketika itu aku masih lagi kanak2 yang berumur 7 tahun,,tapi aku amat merinduinya..setelah 10 tahun aku berdoa kepadaMu,,akhirnya aku dipertemukan dengannya di laman sosial "facebook"..

aku gembira tak terkata,,mungkin segala mimpi yang Kau beri kepadaku sepanjang seminggu sebelumnya,,merupakan 1 petunjuk bahawa segala penat lelahku selama ini terbalas...Ashkuruka ya Rabbi........walaupun aku sedikit terkilan,,si die tak mengingati aku,,tapi aku bersyukur kerana hanya Engkau yang tau betapa berharganya si dia dalam hidupku..dia la teman,,dia la sahabat..

aku berteman sepi,,mengharap dia sentiasa di bawah jagaan Mu wahai Tuhanku Ya Allah..tolong jaga dia sepertimana Engkau menjaga sahabat2 ku yang lain..berikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup yang penuh dengan onak yang berduri...terkadang aku tak mampu meneruskan perjalanan..tapi aku tau,,di situ Engkau sentiasa menemaniku..

dalam merempuh badai,,perjalanan harus diteruskan..bukannya berhenti...dan dalam meneruskan perjalanan,,CINTA dan KEYAKINAN harus aku bawa..Cinta kepadaMu Ya Rabbul 'Izzati yang paling utama..Ya Allah,,aku tak menagih cinta manusia,,tetapi aku menagih cintaMu kerana itu yang akan kekal abadi buatku... ~ <3