Saat mentari tenggelam melabuhkan tirai,,bumi yang asalnya
cerah menjadi semakin gelap..Kawasan di persisiran pantai itu hanya ditemani
lampu-lampu yang suram cahayanya,,sesuram hati Nur..Sedang asyik melayan
lamunan yang singgah seketika,tiba-tiba azan maghrib berkumandang..Nur yang
asyik sedari tadi melayan lamunannya,menghentikannya seketika terus bergegas
menunaikan solat maghrib..Di manakah perginya cinta hatiku?Mungkin ketika ini
dia sedang bergembira dengan ketiadaanku dan berbahagia dengan kehadiran
kekasihnya yang baru..
Teringat Nur akan kejadian yang paling pahit dalam
hidupnya,berlaku 2 bulan yang lepas.Nur diijab kabulkan dengan pilihan hatinya
Adam pada tanggal 27 Ogos,itu merupakan saat paling indah yang tak mungkin aku
lupakan sepanjang hayatku.Namun,,kegembiraanku hanya seketika.Semua itu
terhapus setelah berlaku suatu peristiwa yang tak diduga..Walaupun Nur menikahi
Adam atas dasar cinta dan mendapat restu kedua ibu bapa kami,namun ibu Adam
sendiri telah mempunyai calon untuk dijodohkan dengan Adam.Atas dasar taat
kepada ibunya,Adam menuruti sahaja permintaan ibunya kerana tiada alasan untuk
ditolaknya pilihan hati ibu.
“Sofea”,itulah nama kekasih hati suamiku kini.Mungkin aku
telah diletakkan sebagai yang ketiga dalam hatinya atau mungkin lebih dari
itu.Sofea seorang gadis yang kecil molek,berkulit kuning langsat,bibir bak
delima merah,dan sangat cantik paras rupanya jikalau hendak dibandingkan dengan
diriku ini..Dia juga mempunyai pegangan agama yang kuat,seorang yang berpurdah
dan berlatar belakangkan sekolah pondok dan tahfiz seperti suamiku.Tiada sebab
untuk aku menolak dirinya untuk suamiku tercinta.Memang benar kata orang,wanita
tidak dapat dipisahkan dengan perasaan cemburu dan begitu juga aku.
Selepas pernikahan kami bahagia selama 2 bulan,Adam
menyatakan hasrat ibunya untuk mengahwinkannya dengan Sofea.Dalam keberatan,aku
hanya setuju dengan permintaanya.Walaupun berat hati aku dan Adam untuk
menerima semua ini,namun terpaksa kami relakan jua.Tak henti-henti Adam
menangis dihadapanku memohon maaf,namun hati seorang isteri tak mampu melihat
cinta hatinya bersedih..Aku hanya mampu menjadi pendukung semangatnya tatkala
dia keresahan..Pada hari ini,,bulan oktober,sejarah menjadi saksi penyatuan dua
hati menjadi satu antara Adam dan Sofea.Aku melihat di kejauhan,hanya mampu
menahan air mata dari menitis ke pipi.Sungguh bahagia mereka berdua,sepadan,dan
sama cantik.
Segala kelakuanku pada hari tersebut hanyalah pura-pura..Aku
bersalaman dengan Sofea penuh kemesraan dan aku bisikkan di telinganya “tolong
jaga abang Adam baik-baik ya,,bahagiakan dia”..Sofea hanya membalasnya dengan
pelukan yang erat..Aku tersenyum kelat.Hari-hari yang mendatang penuh dengan
seksaan jiwa.Kami bertiga tinggal sebumbung,dan aku hanya mampu melihat
kemesraan antara abang Adam dan Sofea.Kewujudanku seolah-olah tak
diendahkan.Rumah kediaman kami terletak bersebelahan dengan pantai.Ia merupakan
tempat yang paling sesuai untuk aku menenangkan fikiran.
Saat aku tak mampu menahan air mata,aku berjalan sendirian
ke persisir pantai.Ku lihat betapa besarnya ciptaan Tuhanku Yang Maha
Agung.Itulah rutin harianku setelah Adam pulang dari kerja dan dia pasti ingin
melayan karenah isterinya mudanya.Aku duduk,memandang jauh ke pantai,menangisi
hari-hariku yang kian pahit dirasai.Setiap hari ku bawa gambar pernikahan kami
ke pantai dan ku imbau kenangan-kenangan manis antara kami walaupun ia hadir
sekejap mata memandang.Tak ingin ku lupakan kenangan kami bersama semata-mata
dengan kehadiran cemburu di hatiku.Namun apakan daya,kehadiranku dalam rumah
tangga mereka tidak diendahkan seolah-olah aku bukan sesiapa bagi mereka.
Kini tanpa ku sedari,sudah menjangkau 4 bulan pernikahan
kami dan begitu juga kandungan yang aku hamilkan ini.Sesekali pun aku tidak
memberitahu abang Adam kerana aku tidak mahu berita ini menghambarkan hubungan
mereka berdua.Ketika aku sedang duduk bersantai sendirian di bangku berdekatan
rumahku, sebuah kereta innova meluncur laju masuk ke kawasan parkir.Sofea
berlari seperti kanak-kanak kecil yang mendapatkan ayahnya.Terserlah di
wajahnya riak keceriaan.Mereka berdua hanya berlalu di depanku dan duduk di
buaian.”Sofea ada berita gembira untuk abang,tak lama lagi abang akan jadi
ayah,abang suka tak?”.”Ya Allah,betul ke ni sayang?,tak percayanya abang”.
Mereka berdua terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan
aku.Apakah perasaan yang aku rasakan ini?Sedih?Gembira?Cemburu?.Mengapa perlu
aku cemburu sedangkan dalam rahimku juga wujud satu nyawa.Ya Allah,tabahkan
hati hambamu ini..Tetapkan yang terbaik untukku.Aku melangkah kaki masuk ke
dalam rumah,dan ku lihat abang Adam memandang sinis terhadapku seraya berkata
“awak tengok ni,saya baru menikah dengan Sofea 2 buln,tapi dia dah hamil.Awak
bila lagi?Nasib baik saya dengar cakap ibu untuk kahwin dengan Sofea,kalau tunggu
awak,entah sampai bila la saya nak ada keturunan”.
Hancur luluh hatiku saat abang Adam berkata sebegitu.Aku
meluru masuk ke dalam bilik dan menangis sekuat hati.Keesokan harinya,aku
meminta izin kepada abang Adam untuk pergi dari rumah buat seketika.Ini semua
semata-mata untuk menenangkan kegelisahan hatiku.”Pergilah kalau nak pergi,awak
tu tak de fungsi pun dalam rumah ni,,ade pun macam takde je.Bukan boleh
bahagiakan saya.Anak pun takde”.Aku hanya mampu tersenyum.Tangannya ku pegang
erat,ku salam penuh cinta.Aku menghidupkan enjin kereta viva berwarna putih
milikku.Ku pandu laju menulusuri jalan raya.
Aku pulang ke kampung ibu dan ayah angkatku.Aku tidak pulang
ke rumah ibu bapaku kerana aku tak mau berlaku perselisihan faham antara Adam
dan keluargaku.Rumah Umi Fathin dan Walid Hadi terletak di Kedah.Kawasan
sekelilingnya merupakan sawah padi yang terbentang indah,ia merupakan tempat
yang sesuai untuk menenangkan fikiran……………………………..
*bersambung…….