Monday, April 28, 2014

seandai ribut semalam,
mengapa hari ini baru suram,
kau dendam atau geram,
itu semua lukisan alam..

cinta itu ombak,
andai tak bisa dijaga ia robak,
jika dikau tak tepat tembak,
racun bernanah akan merebak..

peluru cinta itu bukan cemburu,
peluru cinta tu bkn keliru,
dikau jgn terburu-buru,
istikhrah adalah penentu,
moga kau mendapat restu,
moga jua cinta syurga menjadi jitu..

benih cinta apakah yg mengalir di matamu?
baja apakah yg kau guna selalu?
bila ku sendirian ku mengharap diri mu berteman,
kerna pada masa itu teman ku n teman mu adalah tuhan..

hati ini ada peringakat,
walau cinta kita singkat,
moga kita mendapat cinta yg berkat,
temuilah aku duhai bidadari syurga di akhirat..

bertahanlah dgn penuh keimanan,
sinarilah dgn cinta takwa pd tuhan,
kelak kau akn jumpa jalan,
usah di paksa ht dgn tujuan,
seandainya matlamat itu tak kesampaian,
kerna masih ramai lg jejaka idaman..

cinta itu telah terlukis,
bisa kau mencorak menjadi impian,
jgn dihiris jgn dikikis,
agr ht mu mencapai cinta iman...



credit to: syedbunian

Sunday, March 9, 2014

assalamu'alaikum.hari ni ade sedikit kesempatan nak mencoret kat blog ni..

:( nak kata saya iri hati dengan kawan-kawan yang dah berumahtangga,tak sama sekali.saya siap gembira kebahagiaan diorang tu.cuma saya sedar,itu takdir Allah,mereka dipertemukan dengan jodoh yang soleh dan dipercepatkan segalanya.mungin kerana Allah tahu mereka sudah bersedia dari segi segala-galanya,sedangkan saya masih terumbang-ambing dengan diri sendiri.tahun ni,umur saya baru 19 tahun,tapi kebanyakan kawan-kawan saya dah berkahwin dan ada keluarga sendiri.fenomena yang saya lihat kat facebook,banyak antara pasangan yang nikah muda ni bersweet2 di laman sosial tu.bukan niat saya untuk membaca dan melihat gambar2 anda,cuma gambar2 tu muncul di home saya,nak tak nak mesti saya akan nampak..saya pernah patah hati,si dia menyuruh saya menunggunya pulang ke malaysia dan berjanji tidak akan main2 soal hati dan perasaan,bertahun2 saya menunggu si dia pulang ke malaysia,akhirnye bile pulang ke malaysia,dia mendiamkan diri.bila disiasat,tertanya hatinya sudah dimiliki.saya tak salahkan dia seratus peratus kerana dia pelajar aliran pondok & tahfiz,sedangkan saya hanyalah seorang mahasiswi pengajian islam di universiti.mungkin baginya kami tak sepadan.tambahan pula pilihan hatinya juga dari aliran yang sama dengannya.saya tak mampu menjadi seorang muslimah,apatah lagi seorang mu'minah.nasib adeb ada seorang abang yang saya kenali di facebokok,dia banyk menasihati saya dengn berhikmah.

*nasihat saya,hentikan adegan sweet anda bagi yang nikah muda.kami tak iri hati,cuma anda kena memahami jiwa kami yang juga ingin nikah muda dan tidak berkesempatan.kami juga ada keinginana,tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kami.. :) smile alwayas.

Wednesday, March 5, 2014

sambungan.....

Keretaku meluncur laju menulusuri jalan raya.Perjalanan selama 9 jam itu hambar dan kosong..Walau diriku ditemani bunyi-bunyian dari radio,namun seolah-olah sunyi dan sepi, sesepi hatiku ini. Perjalan ini aku habiskan dengan bersangka baik kepada suamiku dan juga Sofea,aku terus memikirkan kelemahan diriku supaya aku merasakan bahawa keputusan abang Adam suatu yang wajar dek kerana kelemahan yang ada pada diriku ini. Manakan layak seorang yang sempurna seperti abang Adam jika hendak digandingkan dengan aku yang kerdil ini.Ku teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi yang dituju,rumah walid Hadi dan Umi Fathin..

Umi dan walid sudah tahu akan kedatanganku ke sini,mereka sudahpun menunggu di tangga dengan wajah penuh kerisauan.."Ya Allah,,sampai pun anak umi,puas umi tunggu.Telefon tak,ape tak,umi risaukan kamu Nur.Tengok walid tu,mencuka je mukanya,risau sangat nampaknye.Berapa kali dah umi suruh walid sabar,tak habis-habis walid mundar-mandir dari tadi sebab risaukan kamu la".Aku hanya tesenyum melihat telatah walid.Aku terus mencapai tangan umi dan memeluknya penuh erat.Air mata ku tahan dari menitis,aku lemah tak berdaya.."Assalamu'alaikum walid,walid sihat?"."wa'alaikumsalam,alhamdulillah,walid sihat je.kamu tu Nur,lain kali telefon la walid,walid dah pikir bukan-bukan dah tadi".Terus walid melemparkan senyuman kepadaku.Aku mengambil beg pakaian di dalam kereta dan terus ku naiki satu persatu anak tangga."Assalamu'alaikum,rindunye rumah ni".."Wa'alaikumsalam,ha,,masuklah.Tu la,jarang sangat balik umah walid,kan dah rindu".

Umi terus menarik tanganku dan membawaku ke sebuah bilik.Bilik yang sememangnya tak asing lagi bagiku.Susunan bilik tersusun rapi persis kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah walid dan umi.Walid dan umi pernah ada seorang anak lelaki yang berusia sepertiku,namun Allah terlebih dahulu mengambilnya.Sejak dari itu,aku sudah dianggap seperti anaknya sendiri.Bilik yang ku duduki ini adalah bilik anak mereka yang hanya ku kenali nama "Hanzalah".Hanzalah,satu nama yang apabila disebut,pasti akan berlinang air mataku,yang apabila disebut,ia benar-benar menyejukkan jiwaku."Nur rehatlah dulu ye,umi nak buat ape yang patut"."Nur nak tolong umi boleh?dah lama tak tolong umi buat keje."Aku terseyum manja kepada umi.."Tak payahlah Nur,kamu kan baru sampai,rehat-rehatlah dulu.Banyak lagi mase lain kamu boleh tolong umi.Pegi mandi dulu,rehat-rehatkan badan.Jap lagi boleh kite makan sama-sama.".Umi melemparkan senyuman,senyuman yang sama seperti dulu.Tiada sedikitpun tanda kegusaran dihatinya.Hatiku terdetik sendiri,Ya Allah,apakah rahsia di sebalik ketabahan hatinya itu?.Air mataku terus meluncur laju di pipi.Aku akur akan suruhan umi..

Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.Umi dan walid memanggilku untuk makan bersama.Aku pun berjalan menuju ke meja makan.Walid dan umi sudahpun menungguku di meja makan."Duduklah,tunggu ape lagi Nur?" kata walid..Kejap walid,tiba-tiba pulak Nur rase sakit perut.Aku bergegas menuju ke tandas.Suatu yang mengejutkan berlaku,ada darah yang mengalir.Aku terkedu tanpa kata.Menangisi apa yang terjadi.Umi datang dan mengetuk pintu tandas."Nur,oo Nur.Kenapa lama sangat tu?,ada apa-apa ke.Aku membuka pintu tandas dan memeluk umi.Aku menangis,badan umi ku peluk erat.Bulat mata umi memandang darah yang banyak di lantai."Ya Allah Nur,apa dah jadi ni?Umi menjirus air dan menyuruhku mencuci darah yang ada.Bergegas umi memanggil walid,"abang,,anak kita abang.jom bawak Nur pi hospital".Walid menghidupkan enjin kereta,umi mengambil segala butiran diriku di dalam beg lalu memapahku masuk ke dalam perut kereta.Aku terus tidak sedarkan diri..

Aku membuka mata,ku lihat umi di sisiku namun aku berada di satu tempat yang asing.Mataku samar-samar memandang tulisan yang ada.Tertulis wad mawar..Wad?Apa yang aku buat di sini.Umi,kenapa Nur ade kat sini?.Umi memandang wajahku lalu mengusap jari-jemariku.Nur kat hospital ni nak,Nur sakit..Kenapa Nur tak bagitau umi yang Nur mengandung...Dari awal lagi umi dah pelik kenapa kamu tak bawak Adam sekali datang ke rumah umi.Nur,tolong jawab ape yang umi tanya ni,janganlah mendiam je.Umi risaukan kamu sayang.”Tanpa mengeluarkan sebarang kata,aku memegang erat jari-jemari umi,aku menangis semahuku.Ku pandang wajah umi yang ku kasihi, “Umi,banyak yang Nur simpan selama ni,Nur hanya mampu berserah pada Allah,hati Nur tak kuat umi.Nur lemah,cukup lemah.Nur dah tak mampu nak tahan semua ni seorang diri,sebab tu Nur balik rumah umi dan walid untuk tenangkan fikiran.” “Takpe,umi faham.Nur datang je rumah umi bila-bila masa yang Nur suka.Umi dah anggap Nur macam anak umi sendiri.”

Datang seorang lelaki yang memakai baju kemeja berlengan panjang berwarna hitam ke arahku.. “Puan Nur,alhamdulillah,kandungan puan selamat cuma puan perlu tenangkan fikiran dan jangan terlampau stress.Ini akan menyebabkan kandungan puan sedikit terganggu.Bersyukurlah pada Allah kerana ini semua adalah perancangannya.”Aku tersenyum dan menitiskan air mata. “ Terima kasih doktor,alhamdulillah Allah mendengar setiap rintihan hambanya.” “Kalau tak ada apa-apa,saya beransur dulu.Puan dah boleh keluar kejap lagi.Ingat pesanan saya ya Puan.Assalamu’alaikum.” serentak kami menjawab “wa’alaikumsalam.”

Aku sudah dibenarkan pulang oleh doktor,walid menjemput kami berdua di parkir hospital.Umi sedia memapahku sejak tadi lagi. “Umi,Nur boleh jalan sendiri la.Tak payah la umi risau sangat.Nur sihat je,Nur boleh je nak jalan.” “Nur,jangan degil.Biarlah umi nak papah anak umi sorang ni.Umi sayangkan Nur,umi taknak apa-apa terjadi pada anak umi.” “Alalalala umi ni,Nur cakap je.Maafkan Nur ye umi,Nur tahu umi sayang Nur.Comel lah muka umi bile marahkan Nur,hehehe”.Wajah umi yang tadinya mencuka kini berubah riak keceriaan.”Tahu pun.”sambil tangannya mencubit pinggangku. “Aduh,sakit la umi.hehe..Nur sayang umi.”aku memeluk umi penuh erat.

Ketika di dalam kereta,umi duduk di bahagian belakang bersamaku.Tinggallah walid sendirian memandu di depan. “Eh,kesian walid sorang-sorang kat depan.Kenapa umi tak duduk kat depan dengan walid?” “Biarlah,saje umi tinggal walid kejap.Biar die rindu kat umi,betul tak abang?hehe.”Umi bercakap sambil ketawa. “Yelah,umi kamu tu memang macam tu Nur,suka sangat buat walid rindu-rinduan.” Bunyi kami ketawa memecah kesunyian malam..Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka,persis keadaanku ketika awal-awal perkahwinan aku dan abang Adam.Rindu yang tak terkata kepada abang Adam.Adakah dia sihat-sihat sahaja bersama Sofea?Beribu-ribu persoalan bermain di mindaku ini.Sudah pasti abang Adam sedang berbahagia bersama sofea dan anak yang bakal dilahirkannya nanti.Ya Allah,kau jagadan peliharalah abang Adam sebagaimana dia menjaga dan mencintaiku sewaktu awal pernikahan kami Ya Allah,hanya padaMu aku berdoa dan meminta pertolongan.

bersambung...
*maaf tak dapat nak update selalu cerita ni.sibuk dengan belajar..bile balik rumah,sibuk dengan gangguan anak2 sedare plak..hehe...nantikan smbungannye ye.. (^_^)

Saturday, November 9, 2013





Saat mentari tenggelam melabuhkan tirai,,bumi yang asalnya cerah menjadi semakin gelap..Kawasan di persisiran pantai itu hanya ditemani lampu-lampu yang suram cahayanya,,sesuram hati Nur..Sedang asyik melayan lamunan yang singgah seketika,tiba-tiba azan maghrib berkumandang..Nur yang asyik sedari tadi melayan lamunannya,menghentikannya seketika terus bergegas menunaikan solat maghrib..Di manakah perginya cinta hatiku?Mungkin ketika ini dia sedang bergembira dengan ketiadaanku dan berbahagia dengan kehadiran kekasihnya yang baru..

Teringat Nur akan kejadian yang paling pahit dalam hidupnya,berlaku 2 bulan yang lepas.Nur diijab kabulkan dengan pilihan hatinya Adam pada tanggal 27 Ogos,itu merupakan saat paling indah yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayatku.Namun,,kegembiraanku hanya seketika.Semua itu terhapus setelah berlaku suatu peristiwa yang tak diduga..Walaupun Nur menikahi Adam atas dasar cinta dan mendapat restu kedua ibu bapa kami,namun ibu Adam sendiri telah mempunyai calon untuk dijodohkan dengan Adam.Atas dasar taat kepada ibunya,Adam menuruti sahaja permintaan ibunya kerana tiada alasan untuk ditolaknya pilihan hati ibu.

“Sofea”,itulah nama kekasih hati suamiku kini.Mungkin aku telah diletakkan sebagai yang ketiga dalam hatinya atau mungkin lebih dari itu.Sofea seorang gadis yang kecil molek,berkulit kuning langsat,bibir bak delima merah,dan sangat cantik paras rupanya jikalau hendak dibandingkan dengan diriku ini..Dia juga mempunyai pegangan agama yang kuat,seorang yang berpurdah dan berlatar belakangkan sekolah pondok dan tahfiz seperti suamiku.Tiada sebab untuk aku menolak dirinya untuk suamiku tercinta.Memang benar kata orang,wanita tidak dapat dipisahkan dengan perasaan cemburu dan begitu juga aku.

Selepas pernikahan kami bahagia selama 2 bulan,Adam menyatakan hasrat ibunya untuk mengahwinkannya dengan Sofea.Dalam keberatan,aku hanya setuju dengan permintaanya.Walaupun berat hati aku dan Adam untuk menerima semua ini,namun terpaksa kami relakan jua.Tak henti-henti Adam menangis dihadapanku memohon maaf,namun hati seorang isteri tak mampu melihat cinta hatinya bersedih..Aku hanya mampu menjadi pendukung semangatnya tatkala dia keresahan..Pada hari ini,,bulan oktober,sejarah menjadi saksi penyatuan dua hati menjadi satu antara Adam dan Sofea.Aku melihat di kejauhan,hanya mampu menahan air mata dari menitis ke pipi.Sungguh bahagia mereka berdua,sepadan,dan sama cantik.

Segala kelakuanku pada hari tersebut hanyalah pura-pura..Aku bersalaman dengan Sofea penuh kemesraan dan aku bisikkan di telinganya “tolong jaga abang Adam baik-baik ya,,bahagiakan dia”..Sofea hanya membalasnya dengan pelukan yang erat..Aku tersenyum kelat.Hari-hari yang mendatang penuh dengan seksaan jiwa.Kami bertiga tinggal sebumbung,dan aku hanya mampu melihat kemesraan antara abang Adam dan Sofea.Kewujudanku seolah-olah tak diendahkan.Rumah kediaman kami terletak bersebelahan dengan pantai.Ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk aku menenangkan fikiran.

Saat aku tak mampu menahan air mata,aku berjalan sendirian ke persisir pantai.Ku lihat betapa besarnya ciptaan Tuhanku Yang Maha Agung.Itulah rutin harianku setelah Adam pulang dari kerja dan dia pasti ingin melayan karenah isterinya mudanya.Aku duduk,memandang jauh ke pantai,menangisi hari-hariku yang kian pahit dirasai.Setiap hari ku bawa gambar pernikahan kami ke pantai dan ku imbau kenangan-kenangan manis antara kami walaupun ia hadir sekejap mata memandang.Tak ingin ku lupakan kenangan kami bersama semata-mata dengan kehadiran cemburu di hatiku.Namun apakan daya,kehadiranku dalam rumah tangga mereka tidak diendahkan seolah-olah aku bukan sesiapa bagi mereka.

Kini tanpa ku sedari,sudah menjangkau 4 bulan pernikahan kami dan begitu juga kandungan yang aku hamilkan ini.Sesekali pun aku tidak memberitahu abang Adam kerana aku tidak mahu berita ini menghambarkan hubungan mereka berdua.Ketika aku sedang duduk bersantai sendirian di bangku berdekatan rumahku, sebuah kereta innova meluncur laju masuk ke kawasan parkir.Sofea berlari seperti kanak-kanak kecil yang mendapatkan ayahnya.Terserlah di wajahnya riak keceriaan.Mereka berdua hanya berlalu di depanku dan duduk di buaian.”Sofea ada berita gembira untuk abang,tak lama lagi abang akan jadi ayah,abang suka tak?”.”Ya Allah,betul ke ni sayang?,tak percayanya abang”.

Mereka berdua terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan aku.Apakah perasaan yang aku rasakan ini?Sedih?Gembira?Cemburu?.Mengapa perlu aku cemburu sedangkan dalam rahimku juga wujud satu nyawa.Ya Allah,tabahkan hati hambamu ini..Tetapkan yang terbaik untukku.Aku melangkah kaki masuk ke dalam rumah,dan ku lihat abang Adam memandang sinis terhadapku seraya berkata “awak tengok ni,saya baru menikah dengan Sofea 2 buln,tapi dia dah hamil.Awak bila lagi?Nasib baik saya dengar cakap ibu untuk kahwin dengan Sofea,kalau tunggu awak,entah sampai bila la saya nak ada keturunan”.
Hancur luluh hatiku saat abang Adam berkata sebegitu.Aku meluru masuk ke dalam bilik dan menangis sekuat hati.Keesokan harinya,aku meminta izin kepada abang Adam untuk pergi dari rumah buat seketika.Ini semua semata-mata untuk menenangkan kegelisahan hatiku.”Pergilah kalau nak pergi,awak tu tak de fungsi pun dalam rumah ni,,ade pun macam takde je.Bukan boleh bahagiakan saya.Anak pun takde”.Aku hanya mampu tersenyum.Tangannya ku pegang erat,ku salam penuh cinta.Aku menghidupkan enjin kereta viva berwarna putih milikku.Ku pandu laju menulusuri jalan raya.

Aku pulang ke kampung ibu dan ayah angkatku.Aku tidak pulang ke rumah ibu bapaku kerana aku tak mau berlaku perselisihan faham antara Adam dan keluargaku.Rumah Umi Fathin dan Walid Hadi terletak di Kedah.Kawasan sekelilingnya merupakan sawah padi yang terbentang indah,ia merupakan tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran……………………………..

*bersambung…….

Friday, March 22, 2013




يَا هَنَانَـا

Ya Hana Naa

Betapa Beruntungnya Kami

 .
 .
.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 .

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

خُصَّ بِالسَّبْعِ المَثَانِى   وَحَوَى لُطْفَ المَعَأنِى

Khus-sho  bis-sab-’il  ma-tsa-niy   wa ha-wa  luth-fal ma-’aa-niy

Diistimewakan dengan ayat-ayat tujuh (Al-Fatihah), Dan penghimpun rahsia setiap makna,

.

مَالَهُ فِى الخَلْقِ ثَانِى   وَعَلَيْهِ اَنْزَلَ الله

Ma-la-hu  fil  khol-qi  tsaa-niy   wa a’-lai-hi  an-za-laL-Lah…..

Tiada ternilai kemuliaannya, Dan Allah mewahyukannya ke atasnya (Muhammad SAW).

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.
.

ULANG KORUS

 .

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

 مِنْ مَكََّةٍ لَمَّا ظَهَرْ  لأَِجْلِهِ انْشَقَّ الْقَمَرْ

min mak-ka-til-lam-ma dzo-har   li-aj-li-hin syaq-qal qo-mar

Dari Makkah apa yang kelihatan, Atas permintaannya (Muhammad SAW) bulan terbelah,

 .

وَافْتَخَرَتْ  اۤلُ مُضَرْ  بِهِ عَلَى كُلِّ اْلأَنَامِ

Waf-ta-khor-rot aa-lu mu-dhor     bi-hi a’-la  kul-lil ‘a-naa-mi

Dan keturunan Kabilah Mudhar (Kabilah Muhammad SAW), Dibanggakan oleh seluruh manusia.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.

……………………………………….

.
.

أَطْيَبُ النَّاسِ خَلْقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقًا

Ath-ya-bun-naa-si khol-qon   wa a-jal-lun-naa-si khu-lu-qon

Bagindalah manusia yang terbaik ciptaanNya, Dan teragung akhlaknya,

.

ذِكْرُهُ غَرْبًا وَشَرْقًا   سَائِرٌ وَالحَمْدُ لِلَّه

Dzik-ru-hu ghor-ba wa syar-qon    saa-‘i-ruw wal-ham-du LiL-Lah

Semua mengingatinya di barat dan di timur. Segala puji hanya bagi Allah,

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .

صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الاَنَامِ  اَلْمُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَامِ

Shol-luu a’-la  khoi-ril a-na-mi   al-mus-tho-fa bad-rit-ta-maa-mi

Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, Yang terpilih bak Bulan Purnama,

 .

صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا   يَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَامِ

Shol-luu  a’-laiy-hi wa-sal-liy-muu  yasy-fa’-la-naa  yau-maz-zi-haa-mi

Selawatlah dan salam disampaikan kepadanya, Semoga kita mendapat syafaatnya di hari kebangkitan.

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa….. (16X)

Betapa beruntungnya kami………………..

.

Saturday, December 1, 2012

Assalamu'alaikum..
aku dedikasikan ini khas untukmu sahabat...

tatkala malam menjelang tiba,,
hatiku sayu dan pilu,,
aku mengenangkan saat manis kita bersama,,
mengecap bahagia di kala duka,,
kau penghibur penawar luka,,
sentiasa ada dikala sedih mahupun bahagia....

sahabat,,
ketahuilah engkau,,
sekejap mata pun aku tak ingin berpisah denganmu,,
namun apakan daya,,
masa mencemburui kita...

sahabat,,
jangan biarkan hadirmu sekejap mata,,
maafkan aku,,
niatku untuk berpisah denganmu bukan kerna benci,,
tetapi,,
aku ingin kau hidup berdikari tanpaku,,
dan aku tak ingin kau sedih,,
sekiranya suatu hari nanti aku pergi dijemput Ilahi

sahabat,,
ketahuilah engkau,,
aku menyanyangi keluargamu,,
sepertimana aku menyayangi keluargaku,,
aku sayang adik2 mu,,
bi,amer,wan,,ana..
aku sayang makcik mu,,
makcik natrah,,
namun apakan daya,,
siapalah aku di mata kamu semua,,
ibarat matahari di waktu malam..

sahabat,,
aku ingin sekali kau membaca luahan hatiku ini,,
agar kau tahu maksudku,,
bukan aku membenci,,
tetapi aku menyayangi,,
jikalau aku pergi dulu darimu,,
maafkan daku,,
kenang daku dalam doamu...............


SAHABAT SEJATI SUKAR DICARI GANTI~

Friday, November 30, 2012

andai kau tahu

Assalamu'alaikum....

ANDAI KAU TAHU,,
sedikit pun aku tidak mempercayai kata2 manismu,,
cinta yang kau taburkan tak terkesan di hatiku,,
kata2 mu membuat aku rimas,,lemas,,
kerna aku tahu,,
engkau tidak sedikitpun mencintaiku kerana Allah,,
tetapi kau berajakan hawa nafsu semata2...

ANDAI KAU TAHU,,
tangisanku selama ini bukan untuk menyatakan cintaku padamu,,
tetapi untuk aku menzahirkan bahawa aku sayang imanmu,,
yang semakin hari,,
semakin menipis,,
dek nafsu mu yang semakin menebal..

ANDAI KAU TAHU,,
aku ingin kau berubah demi Tuhanmu,
bukan kerna diriku,,
sedikit pun aku tidak yakin dengan cintamu,,
kerna kau menagih dengan cara yang tidak halal,,
pada pandangan Allah mahupun  pandanganku,,

ku harap kau faham maksudku.. :')