Wednesday, March 5, 2014

sambungan.....

Keretaku meluncur laju menulusuri jalan raya.Perjalanan selama 9 jam itu hambar dan kosong..Walau diriku ditemani bunyi-bunyian dari radio,namun seolah-olah sunyi dan sepi, sesepi hatiku ini. Perjalan ini aku habiskan dengan bersangka baik kepada suamiku dan juga Sofea,aku terus memikirkan kelemahan diriku supaya aku merasakan bahawa keputusan abang Adam suatu yang wajar dek kerana kelemahan yang ada pada diriku ini. Manakan layak seorang yang sempurna seperti abang Adam jika hendak digandingkan dengan aku yang kerdil ini.Ku teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi yang dituju,rumah walid Hadi dan Umi Fathin..

Umi dan walid sudah tahu akan kedatanganku ke sini,mereka sudahpun menunggu di tangga dengan wajah penuh kerisauan.."Ya Allah,,sampai pun anak umi,puas umi tunggu.Telefon tak,ape tak,umi risaukan kamu Nur.Tengok walid tu,mencuka je mukanya,risau sangat nampaknye.Berapa kali dah umi suruh walid sabar,tak habis-habis walid mundar-mandir dari tadi sebab risaukan kamu la".Aku hanya tesenyum melihat telatah walid.Aku terus mencapai tangan umi dan memeluknya penuh erat.Air mata ku tahan dari menitis,aku lemah tak berdaya.."Assalamu'alaikum walid,walid sihat?"."wa'alaikumsalam,alhamdulillah,walid sihat je.kamu tu Nur,lain kali telefon la walid,walid dah pikir bukan-bukan dah tadi".Terus walid melemparkan senyuman kepadaku.Aku mengambil beg pakaian di dalam kereta dan terus ku naiki satu persatu anak tangga."Assalamu'alaikum,rindunye rumah ni".."Wa'alaikumsalam,ha,,masuklah.Tu la,jarang sangat balik umah walid,kan dah rindu".

Umi terus menarik tanganku dan membawaku ke sebuah bilik.Bilik yang sememangnya tak asing lagi bagiku.Susunan bilik tersusun rapi persis kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah walid dan umi.Walid dan umi pernah ada seorang anak lelaki yang berusia sepertiku,namun Allah terlebih dahulu mengambilnya.Sejak dari itu,aku sudah dianggap seperti anaknya sendiri.Bilik yang ku duduki ini adalah bilik anak mereka yang hanya ku kenali nama "Hanzalah".Hanzalah,satu nama yang apabila disebut,pasti akan berlinang air mataku,yang apabila disebut,ia benar-benar menyejukkan jiwaku."Nur rehatlah dulu ye,umi nak buat ape yang patut"."Nur nak tolong umi boleh?dah lama tak tolong umi buat keje."Aku terseyum manja kepada umi.."Tak payahlah Nur,kamu kan baru sampai,rehat-rehatlah dulu.Banyak lagi mase lain kamu boleh tolong umi.Pegi mandi dulu,rehat-rehatkan badan.Jap lagi boleh kite makan sama-sama.".Umi melemparkan senyuman,senyuman yang sama seperti dulu.Tiada sedikitpun tanda kegusaran dihatinya.Hatiku terdetik sendiri,Ya Allah,apakah rahsia di sebalik ketabahan hatinya itu?.Air mataku terus meluncur laju di pipi.Aku akur akan suruhan umi..

Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.Umi dan walid memanggilku untuk makan bersama.Aku pun berjalan menuju ke meja makan.Walid dan umi sudahpun menungguku di meja makan."Duduklah,tunggu ape lagi Nur?" kata walid..Kejap walid,tiba-tiba pulak Nur rase sakit perut.Aku bergegas menuju ke tandas.Suatu yang mengejutkan berlaku,ada darah yang mengalir.Aku terkedu tanpa kata.Menangisi apa yang terjadi.Umi datang dan mengetuk pintu tandas."Nur,oo Nur.Kenapa lama sangat tu?,ada apa-apa ke.Aku membuka pintu tandas dan memeluk umi.Aku menangis,badan umi ku peluk erat.Bulat mata umi memandang darah yang banyak di lantai."Ya Allah Nur,apa dah jadi ni?Umi menjirus air dan menyuruhku mencuci darah yang ada.Bergegas umi memanggil walid,"abang,,anak kita abang.jom bawak Nur pi hospital".Walid menghidupkan enjin kereta,umi mengambil segala butiran diriku di dalam beg lalu memapahku masuk ke dalam perut kereta.Aku terus tidak sedarkan diri..

Aku membuka mata,ku lihat umi di sisiku namun aku berada di satu tempat yang asing.Mataku samar-samar memandang tulisan yang ada.Tertulis wad mawar..Wad?Apa yang aku buat di sini.Umi,kenapa Nur ade kat sini?.Umi memandang wajahku lalu mengusap jari-jemariku.Nur kat hospital ni nak,Nur sakit..Kenapa Nur tak bagitau umi yang Nur mengandung...Dari awal lagi umi dah pelik kenapa kamu tak bawak Adam sekali datang ke rumah umi.Nur,tolong jawab ape yang umi tanya ni,janganlah mendiam je.Umi risaukan kamu sayang.”Tanpa mengeluarkan sebarang kata,aku memegang erat jari-jemari umi,aku menangis semahuku.Ku pandang wajah umi yang ku kasihi, “Umi,banyak yang Nur simpan selama ni,Nur hanya mampu berserah pada Allah,hati Nur tak kuat umi.Nur lemah,cukup lemah.Nur dah tak mampu nak tahan semua ni seorang diri,sebab tu Nur balik rumah umi dan walid untuk tenangkan fikiran.” “Takpe,umi faham.Nur datang je rumah umi bila-bila masa yang Nur suka.Umi dah anggap Nur macam anak umi sendiri.”

Datang seorang lelaki yang memakai baju kemeja berlengan panjang berwarna hitam ke arahku.. “Puan Nur,alhamdulillah,kandungan puan selamat cuma puan perlu tenangkan fikiran dan jangan terlampau stress.Ini akan menyebabkan kandungan puan sedikit terganggu.Bersyukurlah pada Allah kerana ini semua adalah perancangannya.”Aku tersenyum dan menitiskan air mata. “ Terima kasih doktor,alhamdulillah Allah mendengar setiap rintihan hambanya.” “Kalau tak ada apa-apa,saya beransur dulu.Puan dah boleh keluar kejap lagi.Ingat pesanan saya ya Puan.Assalamu’alaikum.” serentak kami menjawab “wa’alaikumsalam.”

Aku sudah dibenarkan pulang oleh doktor,walid menjemput kami berdua di parkir hospital.Umi sedia memapahku sejak tadi lagi. “Umi,Nur boleh jalan sendiri la.Tak payah la umi risau sangat.Nur sihat je,Nur boleh je nak jalan.” “Nur,jangan degil.Biarlah umi nak papah anak umi sorang ni.Umi sayangkan Nur,umi taknak apa-apa terjadi pada anak umi.” “Alalalala umi ni,Nur cakap je.Maafkan Nur ye umi,Nur tahu umi sayang Nur.Comel lah muka umi bile marahkan Nur,hehehe”.Wajah umi yang tadinya mencuka kini berubah riak keceriaan.”Tahu pun.”sambil tangannya mencubit pinggangku. “Aduh,sakit la umi.hehe..Nur sayang umi.”aku memeluk umi penuh erat.

Ketika di dalam kereta,umi duduk di bahagian belakang bersamaku.Tinggallah walid sendirian memandu di depan. “Eh,kesian walid sorang-sorang kat depan.Kenapa umi tak duduk kat depan dengan walid?” “Biarlah,saje umi tinggal walid kejap.Biar die rindu kat umi,betul tak abang?hehe.”Umi bercakap sambil ketawa. “Yelah,umi kamu tu memang macam tu Nur,suka sangat buat walid rindu-rinduan.” Bunyi kami ketawa memecah kesunyian malam..Aku hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka,persis keadaanku ketika awal-awal perkahwinan aku dan abang Adam.Rindu yang tak terkata kepada abang Adam.Adakah dia sihat-sihat sahaja bersama Sofea?Beribu-ribu persoalan bermain di mindaku ini.Sudah pasti abang Adam sedang berbahagia bersama sofea dan anak yang bakal dilahirkannya nanti.Ya Allah,kau jagadan peliharalah abang Adam sebagaimana dia menjaga dan mencintaiku sewaktu awal pernikahan kami Ya Allah,hanya padaMu aku berdoa dan meminta pertolongan.

bersambung...
*maaf tak dapat nak update selalu cerita ni.sibuk dengan belajar..bile balik rumah,sibuk dengan gangguan anak2 sedare plak..hehe...nantikan smbungannye ye.. (^_^)

No comments:

Post a Comment