Friday, May 27, 2011


Di dalam sebuah perkahwinan memerlukan pengorbanan dan tolak ansur anatara satu sama lain..Itulah kata-kata yang sering diucapkan oleh ibu kepada Husna dan ia sering terngiang-ngiang di telinganya..Kini Husna sudah berumah tangga dan dia amat menyayangi suaminya.Hamzah merupakan seorang suami yang baik dan sentiasa menyeru seluruh umat islam agar berada di atas landasan islam yang bertunjangkan AL-QURAN dan SUNNAH..
Pada keesokan harinya,Hamzah memberitahu Husna bahawa dia akan pergi berdakwah ke negeri Kedah..Husna tidak menghalang,malah dia lebih menyokong usaha suaminya itu..Hamzah berkata,”syg,abang sayang syg..Abang dah lama nak cakap perkara ini,tapi….Abang takut sayang akan sedih dan fikir abang seorang penipu..Sebenarnya,,syg adalah isteri kedua abang..Alangkah terkejutnya Husna ketika itu.Ketika Hamzah hendak berangkat ke Kedah,mereka berdua bersalaman dan Husna  masih melemparkan senyuman yang manis kepada suaminya walaupun hatinya sedang terluka..
Sepemergian Hamzah ke Kedah,,Husna tinggal bersendirian di rumah.Dia sentiasa bangun di sepertiga malam dan menangis..Ya Allah,aku redha dengan ketentuanMu jika aku memang isteri kedua bagi suamiku..Tapi mengapa baru sekarang dia memberitahuku.Aku lemah Ya Allah..Seusai solat tahajjud,Husna mendapat suatu semangat yang luar biasa..Dia merasa makin tabah bagi menghadapi segala ujian yang mendatang…
Rupa-rupanya ini merupakan perkara yang dirancang oleh Hamzah..Dia hanya mahu melihat ketabahan Husna dalam berumah tangga..Apabila Hamzah pulang ke rumah,Husna menyambut suaminya dengan senyuman..Hamzah mengajak isterinya masuk ke dalam rumah dan dia berkata,,syg…Memang benar sayang adalah isteri kedua abang..Tapi adakah syg tahu siapakah isteri pertama abang??..Abang,,sememangnya syg tidak tahu siapakah isteri pertama abang..Tapi sayang redha kerna ini merupakan takdir ketentuan Tuhan…
Sebenarnya…..Isteri pertama abang adalah PERJUANGAN..Perjuangan abang dalam menegakkan agama Islam yang dicintai..Husna tersenyum lebar mendengar kata-kata yang diucapkan oleh suaminya..Lantas Husna berkata,,mengapa abang tidak berterus terang dari awal lagi perkara yang sebenar..Abang saja ja buat Husna tertanya-tanya…
Sedarlah kita bahawa apabila seseorang wanita itu sudah berumah tangga,,dia telah dimadukan..Tidak semestinya seseorang wanita itu menjadi isteri kedua,kemungkinan dia menjadi isteri yang ketiga atau seterusnya kerana isteri pertama bagi seseorang suami itu adalah PERJUANGAN..
<span>“AKU MENCINTAINYA KERANA DIA MENCINTAI TUHAN…JIKALAU DIRINYA TIDAK MENCINTAI TUHAN,,MAKA TIDAK AKAN LAHIRLAH SEKELUMIT PUN CINTAKU PADANYA”</span>


Hari yang paling menggembirakan Solehah  adalah hari pertama dia bertukar ke sekolah barunya..Di situ dia telah bertemu ramai kawan-kawan yang amat menyayanginya dan Solehah telah mengenali seorang pelajar muslimin yang cukup terkenal di sekolah dengan keindahan akhlak dan kepandaiannya dalam pelajaran..Ini merupakan kali pertama aku  bertemu lelaki sebaik itu…’ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM…Cepat-cepat Solehah menepis bisikan-bisikan liar yang bermain di benak fikirannya...Sejak dari itu,,Solehah bertekad untuk tidak jatuh cinta pada sesiapa pun melainkan cintanya pada Allah…Setelah bertahun-tahun lamanya,,maka tamatlah pengajian Solehah di Sekolah Menengah Agama..Dia melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan dalam bidang Usuluddin..
Pada hari pertama kuliah bermula,,Solehah  merasa sangat gembira..Tetapi kegembiraan itu hanya seketika apabila dia ternampak Umar iaitu  pelajar lelaki yang pernah diminatinya..Seusai tamat kuliah,Solehah bergegas pulang ke blok yang didiaminya iaitu blok AMINATUL ASRAR..Solehah berlari masuk ke petak biliknya dan menangis sekuat hati..Siang dan malam dia sentiasa berdoa kepada Allah agar jangan pertemukan lagi antara dia dan Umar demi menjaga hati daripada dikotori..
Pada cuti semester,Solehah telah pulang ke kampung halamannya yang terletak di Perak..Suasana di kampung amat menenangkan dengan kicauan burung serta gelak ketawa anak-anak saudaranya yang dicintai..Tiba-tiba,datang beberapa buah kereta masuk ke halaman rumah Solehah..Beberapa orang yang tidak dikenali mucul dari perut kereta dan yang amat mengejutkan ialah Umar salah seorang daripadanya..
Hajat mereka datang adalah untuk meminang Solehah bagi dijadikan penyeri hidup Umar..Alangkah gembiranya Solehah pada waktu itu..Kegembiraannya itu bercampur baur dengan perasaan terharu yang tidak terkata..Alangkah PenyayangNya Allah,,Dia sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya..Cepat-cepat Solehah melakukan sujud syukur..
Majlis perkahwinan mereka diadakan beberapa bulan selepas itu..Kini Solehah merupakan isteri yang solehah dan sentiasa berbakti kepada agama dan suaminya..Dia sentiasa membantu Umar dalam kerja dakwahnya..Tidak lama kemudian,,mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Muhammad Hanzalah..Mereka berharap Hanzalah akan menjadi seorang yang sentiasa taat pada agamanya dan boleh memimpin generasi yang akan datang.Kini bahagialah mereka berdua dengan kehadiran insan yang dicintai iaitu Muhammad Hanzalah…Benarlah apa yang dikatakan..Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Tuhan…

Tuesday, May 24, 2011

~sahabat2~

Alhamdulillah..dpt jge ana update blog yg dh hmpirb'sawang ni.
seronoknye dpt jalan dengan sahabat2 lame...rindu yg slame
ni dipendamkan..bile dah pindah skolah lame smule,,rse seronok.
tak cukup mse b'same hnye di skolah..kt luar pn sme..
bnyk btl buku yg ana beli mse ni..tk terkire rsenye..
bile dah slesai beli buku,,ana dgn sahabat2 pn pergi ke skolah kami..
lme kmi ddk di skolah..solat pn di situ..sedar tk sedar 
jam dah pukul 5 ptg..lmenye...hemmm..tu la kngn manis...
tu je la nk tulis..akhir kalam pnutup bicara....Assalamu'alaikum semua..