Friday, May 27, 2011


Hari yang paling menggembirakan Solehah  adalah hari pertama dia bertukar ke sekolah barunya..Di situ dia telah bertemu ramai kawan-kawan yang amat menyayanginya dan Solehah telah mengenali seorang pelajar muslimin yang cukup terkenal di sekolah dengan keindahan akhlak dan kepandaiannya dalam pelajaran..Ini merupakan kali pertama aku  bertemu lelaki sebaik itu…’ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM…Cepat-cepat Solehah menepis bisikan-bisikan liar yang bermain di benak fikirannya...Sejak dari itu,,Solehah bertekad untuk tidak jatuh cinta pada sesiapa pun melainkan cintanya pada Allah…Setelah bertahun-tahun lamanya,,maka tamatlah pengajian Solehah di Sekolah Menengah Agama..Dia melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan dalam bidang Usuluddin..
Pada hari pertama kuliah bermula,,Solehah  merasa sangat gembira..Tetapi kegembiraan itu hanya seketika apabila dia ternampak Umar iaitu  pelajar lelaki yang pernah diminatinya..Seusai tamat kuliah,Solehah bergegas pulang ke blok yang didiaminya iaitu blok AMINATUL ASRAR..Solehah berlari masuk ke petak biliknya dan menangis sekuat hati..Siang dan malam dia sentiasa berdoa kepada Allah agar jangan pertemukan lagi antara dia dan Umar demi menjaga hati daripada dikotori..
Pada cuti semester,Solehah telah pulang ke kampung halamannya yang terletak di Perak..Suasana di kampung amat menenangkan dengan kicauan burung serta gelak ketawa anak-anak saudaranya yang dicintai..Tiba-tiba,datang beberapa buah kereta masuk ke halaman rumah Solehah..Beberapa orang yang tidak dikenali mucul dari perut kereta dan yang amat mengejutkan ialah Umar salah seorang daripadanya..
Hajat mereka datang adalah untuk meminang Solehah bagi dijadikan penyeri hidup Umar..Alangkah gembiranya Solehah pada waktu itu..Kegembiraannya itu bercampur baur dengan perasaan terharu yang tidak terkata..Alangkah PenyayangNya Allah,,Dia sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya..Cepat-cepat Solehah melakukan sujud syukur..
Majlis perkahwinan mereka diadakan beberapa bulan selepas itu..Kini Solehah merupakan isteri yang solehah dan sentiasa berbakti kepada agama dan suaminya..Dia sentiasa membantu Umar dalam kerja dakwahnya..Tidak lama kemudian,,mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Muhammad Hanzalah..Mereka berharap Hanzalah akan menjadi seorang yang sentiasa taat pada agamanya dan boleh memimpin generasi yang akan datang.Kini bahagialah mereka berdua dengan kehadiran insan yang dicintai iaitu Muhammad Hanzalah…Benarlah apa yang dikatakan..Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Tuhan…

No comments:

Post a Comment