Saturday, June 11, 2011

~tempahkan sebuah bilik di neraka buatku~

  • Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

    Menurut  majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
    dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
    destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
    terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
    Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
    bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

     Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang
    dipenuhi uban menegurnya.

     "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
    dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
    berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
    nasihat orang tua itu.

    Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
    gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di
    tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
    menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

    Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu
    gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
    cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata
    kata yang lebih dahsyat.

     "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik
    di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
    mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
    biadab.

     Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang
    wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang
    yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di
    dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati
    hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
    menghina agama dengan lebih teruk lagi.

     Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
    tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
    penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba
    tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan
    kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
    disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

    Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
    jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
    sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
    kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga
    orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
    terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

     Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
    kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah
    hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
    sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita
    jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.
    Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya
    saw dengan mempersendakan atau ejekan.

    Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
    hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
    kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah
    teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi
    kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam

    barzakh.

No comments:

Post a Comment