Kala terbenamnya matahari di ufuk timur,burung-burung berterbangan pulang ke sarang masing-masing..Kelihatan anak-anak kecil berlari berkejaran.Ditambah pula dengan asyiknya asmara-asmara pasangan yang sedang hangat bercinta.Ianya mencemarkan keindahan pesona pantai di Sungai Petani.Tiba-tiba Ulya disapa..”jauh termenung,,ingatkan siapa tu?”,sapa sahabat baik Ulya,Sakinah.”Astaghfirullahal’azim,terkejut Ulya”,tak da apa yang dimenungkan.Tengok keindahan ciptaaan Tuhan je”.Lantas,tanpa dirancang,mereka berdua terdiam.Sakinah merupakan seorang sahabat baik Ulya sejak dari bangku sekolah lagi.Mereka berdua juga mempunyai seorang sahabat lelaki yang sangat baik bernama Amin.Sakinah merupakan tempat Ulya meluahkan segala kesedihan,kegembiraan,dan Sakinah juga seorang teman yang setia menghapus air matanya tatkala ianya menitis.Sebahagian kekuatan diri Ulya ada pada Sakinah.Jikalau Sakinah terluka,Ulya juga turut terasa.Mereka yang kini sedang menanti keputusan SPM yang bakal diumumkan tidak lama lagi,sudah merancang aktiviti-aktiviti sepanjang cuti.Kata abang Ulya,kita merancang dan Allah juga merancang.Tetapi,perancangan Allah lebih baik kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Ulya sedang mengemas pakaian yang hendak dibawa ke pondok pengajian yang bakal dia duduki sementara menunggu keputusan peperiksaan.Sakinah dan Amin juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menuntut ilmu.Tiba –tiba telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk.Dia menjawab panggilan tersebut,ianya datang dari Sakinah.Assalamu’alaikum..”Ulya,dah siap ke kemas barang-barang?,kite pergi terminal sama-sama ye..”Wa’alaikumussalam,iye Sakinah.Tengah berkemas la ni.InsyaAllah,kita pergi sama-sama,Amin macam mana?.”Entah la,dia tak mesej saya pun”.”Ok,tak apa,nanti saya mesej dia”.Dengan tidak semena-mena,telefon bimbitnya berdering untuk yang kedua kalinya.”Assalamu’alaikum,Ulya,Amin ni..Maaf la.Saya lambat sikit kot.Suruh ayah awak tunggu ye”.Kata Ulya,”na’am,saya tunggu..jangan lambat sangat ye.Nanti terlepas bas pulak”.Tidak sempat untuk dia mengucap salam,sudah dimatikannya panggilan telefon.Tergesa-gesa sungguh gayanya.
Pada jam 9 malam,kereta yang dipandu ayah Ulya meluncur laju ke rumah Amin.Jarak antara rumahnya dengan rumah Amin hanya 5km berbanding rumah Sakinah yang terletak antara 20km-22km.Setelah sampai di rumah Amin,ibu dan ayahnya menasihati Ulya dan Amin agar menjaga diri setelah sampai di sana dan tidak sesekali mengabaikan perintah Tuhan.Mereka berdua pun bertolak ke terminal bas kerana Sakinah sudah lama menunggu di sana.Tepat jam 9.30 malam,bas yang mereka naiki sudah bertolak ke destinasi yang ingin dituju iaitu Pasir Puteh,Kelantan.Ulya melambaikan tangan ke arah ayahnya,dan tidak semena-mena,air matanya berguguran menyentuh pipi.Dia tahu,Sakinah dan Amin perasan akan perubahan yang berlaku pada dirinya.Serentak Amin dan Sakinah berkata padanya,”Ulya,jangan la sedih,kami pun sedih bila awak menangis.La tahzan,innAllah ma’ana.Senyum sikit,mesti comel”..Hihihihi..Serentak mereka ketawa kerana ingin menghiburkan hatinya.Lantas Ulya tersenyum gembira.Bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang memahami dirinya itu.
No comments:
Post a Comment